Saturday, November 27, 2010

Cuba Baca

MARI MEMBACA



Anda perlu rajin menyediakan rangsangan sekiranya mahu anak cepat membaca. Jika anda mula lambat, maka lambatlah anak itu membaca. Ada yang menghantar anak ke tadika semasa berumur 5 tahun dan mengandaikan guru tadika 'do all the jobs' sedangkan anak itu tidak tahu apa-apa. Bila berlalu tiga bulan, datang ke tadika pot pet pot pet komplen kenapa anak dia abc pun tak kenal-kenal lagi. Janganlah begitu yang oi. Pembelajaran bermula di rumah seawal bayi lagi. Nak anak pandai, kenalah rajin sikit. Eh. rajin banyak.

Untuk mengajar membaca bahasa inggeris, gunakan kaedah phonics dan look and say. Sesiapa yang tak tahu apa itu phonics rajin-rajinlah menggoogle. Membaca tak perlu kenal alphabets. Tak perlu tunggu anak kenal ABC baru ajar membaca sebab ABC itu hanya huruf-huruf yang tidak mempuyai makna. Yang ada makna ialah bunyi kepada huruf-huruf itu. Cari CD di kedai yang ada mengajar bunyi-bunyi ini.  Kalau tak pun, dalam internet ni memang banyak web yang mengajar anak membaca cara phonics ini. Layari saja.

Perkataan look and say itu sendiri sudah menjawab cara mengajar kaedah kedua. Anak-anak melihat perkataan dan kemudian menyebutnya. Anda perlu menyediakan kad berukuran lebih kurang 4x10 inci. Box card paling bagus. Kalau tidak ada, guna saja manila card yang agak keras. Di atas kad itu anda tulis perkataan yang hendak anda tayang-imbaskan kepada anak. Tulisan mesti besar dan terang. Kalau ada template huruf kecil, bagus. Kalau tak ada, boleh saja anda print dari komputer. Guna marker pen pun boleh tapi biarlah tulisan itu cantik dan senang dibaca.

Kaedah ini anda boleh gunakan ketika anak masih bayi. Walaupun dia belum boleh menyebut, dia sudah boleh melihat. Mulakan perkataan yang berhampiran dengan dirinya: Body parts, family, things around the house. Atau anda boleh saja imbaskan 'high frequency words' atau 'dolch words' - iaitu perkataan yang sering kita jumpa apabila membaca. Di bawah ini adalah senarai high frequency words mengikut keutamaan. Anda boleh gunakan perkataan dalam senarai ini.


Preprimer Primer First Second Third
a all after always about
and am again around better
away are an because bring
big at any been carry
blue ate as before clean
can be ask best cut
come black by both done
down brown could buy draw
find but every call drink
for came fly cold eight
funny did from does fall
go do give don't far
help eat going fast full
hers four had first got
I get has five grow
in good her found hold
is has him gave hot
it he how goes hurt
jump into just green if
little like know its keep
look must let made kind
make new live many laugh
me no may off light
my now of or long
not on old pull much
one our once read myself
play out open right never
red please over sing only
run pretty put sit own
said ran round sleep pick
see ride some tell seven
the saw stop their shall
three say take these show
to she thank those six
two so them upon small
up soon then us start
we that think use ten
yellow there walk very today
you they where wash together

this when which try

too
why warm

under
wish

want
work

was
would

well
write

went
your

what



white



who



will



with



yes


Sekiranya anak anda sudah berumur 2 tahun ke atas, di samping menggunakan perkataan di dalam senarai anda juga boleh menggunakan buku bacaan siri Lady Bird berjodol "Peter and Jane". Mulakan buku 1A dan teruskan denga 2A, 3A, 4A dan seterusnya.

Cubalah dulu. Berikan feedbacak kepada kakpah. Kalau ada pertanyaan, jangan malu menulis dalam ruang komen atau dalam kotak shout box.

No comments:

Post a Comment